LET YOUR BODY

Loving the new #MYLevisREVEL jeans! They fit perfectly and lengthen and lift my natural curves too

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

Be part of Malaysia's largest social media survey and you could get rewarded!

NESCAFE

Follow @NescafeMalaysia now guys! You could win prizes from #StartwithNESCAFE up till 17 Oct

LATEST PROMO ABOUT PETROSAINS

Think science is no fun? Bring your family along, learn and have fun at the Petrosains Science Festival 2013, from 22-27 October at the Discovery Centre and Suria KLCC. The way we do it, science rocks!

LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget
Showing posts with label Health Tips. Show all posts
Showing posts with label Health Tips. Show all posts

Monday, 7 November 2011

CEGAH BUASIR, SEMBELIT DAN PENYAKIT REKTUM DENGAN PSYLLIUM HUSK




As Salam. Kali ni aku nak story sikit tentang psillium husk. Bukan nak story tentang maklumat saintifiknya, tetapi nak berkongsi pengalaman aku mengenainya. Cam ni, kalau anda baca tentang tulisan aku sekitar April lalu, aku banyak bercerita tentang penyakit yang aku sangka buasir(rupa2nya tidak, tetapi sakit yang sebenarnya ialah anal fissure), dan ikhtiar aku untuk mengubatinya. Tapi kali ni aku tak nak story tentang tu lagi, tapi nak story tentang psyllium husk.
Amat baik untuk orang yang kena penyakit buasir, sembelit, anal fissure, anal fistula atau apa2 penyakit berkenaan lubang tu ler.
Cara dia bertindak ialah dia akan menyerap air dengan banyak dan menyimpan di dalamnya. So, bila ia dikeluarkan dari sistem badan kita melalui tahi, tahi kita akan jadi lembut ler, sebab kandungan air(yang tersimpan dalam psyllium husk) dalam najis banyak.
Psysillum husk ni merupakan langkah preventative/penghalang, bukan penyembuh. So, kalau dah sakit tu pi le jumpa doktor ambik ubat dulu. Then, bila dah baik, minum setiap hari supaya penyakit tak berulang. Ataupun makan bersama ubat supaya lekas sembuh.


Cara guna. Satu sudu kecil(paras je) + air suam = kacau hingga larut. Then tambah air(lebih kurang 500ml) yang kita suka. Milo ke, Horlick ke, teh ke, oren ke, tak kisah le. Then kacau betul2 supaya tak berketul. Minum sekali je. Pilih la, pagi ke, malam ke. Sesiapa pun boleh minum, tak kisah le, sebab dia fiber je, bukannya apa pun. kanak2 pun boleh, campur dengan air manis dia orang tu. Cuma bila nak minum, goncang la dulu supaya tak tinggal di bawah.
Kesan sampingan? Yang aku pernah dengar dan alami, badan sedikit berangin dan pagi2 angin banyak keluar sebelum buang air. Ada orang berpesan, jangan minum sambil makan ubat sebab dikuatiri bahan kimia dalam ubat(yang larut dalam air) akan terperangkap dalam fiber psyllium husk itu. Jadi ubat yang anda makan tak berkesan. So, kalau ubat di makan siang, minuman psyllium husk ini diminum malam ler, sebelum tidur.
Dah itu je. Ada apa2 nak tanya/share, boleh tulis kat bawah ataupun email ke gerek.basikal@gmail.com(klik kat penjuru atas kanan tu je)
Harga? Aku beli RM24.00 di farmasi untuk setengah kilo. Berbaloi le, sebab sehari satu sudu ke. Tahan lebih kurang 2-3 bulan.
Lagi satu pesanan, manusia hanya berusaha, Allah SWT yang menyembuhkan penyakit. Jangan lupa, doa selalu tu pun sebahagian dari usaha.

Tak cukup RM? Daftar kat bawah. Then pasang auto sharing. Sebulan sekali tengok penyata RM$$$$ anda bertambah.


Friday, 29 July 2011

29072011 >> SEMBELIT SOLUTION




Kali ni aku nak story tentang suatu perkara, sembelit. Cerita mudah dia payah berak, tahi keras, duduk dalam jamban lama. Pengalaman ni kira macam based on true story jugak le....

Ubat dia? Psyllium Husk. Pi farmasi mintak benda ni. Aku beli lebih kurang dua bulan sudah hanya RM12 untuk 250g. Mahal? Tak lah. Bukan guna banyak. Memadai hanya setengah sudu kecil setiap hari. Boleh campurkan pada minuman seharian kita seperti Milo, kopi, teh mahupun air oren dan air sirap. Cuma perlu dilarutkan terlebih dahulu dengan mencampurkan setengah sudu psyllium husk dengan air suam. Kacau. Then campurlah dengan air kesukaan anda. Nak campur air masak pun boleh.
Seeloknya minum di awal pagi. Pada anak2 pun boleh kita campurkan dengan air kegemarannya. Syaratnya, bila nak minum kena goncang/kacau supaya fiber dalam air menjadi sekata bila diminum. Kalau tidak, fiber psyllium husk akan terenap di bawah gelas.
Boleh dibawa semasa berkayuh, tapi goncang dulu sebelum minum supaya fibernya tersebar.
Kelemahan dia, aku kerap kentut awal pagi sebelum buang air besar. Tu je. Bukan masalah besar berbanding dengan masalah sembelit. Cubalah try, tentu ada perubahan besar. Masuk toilet sedas je keluar, tak payah tunggu lama2. Lagi satu, kena minum air banyak sebab fiber psyllium husk ni berfungsi menyerap air dan menyimpannya bersama2 najis kita. Sebab tu lah najis kita jadi lembut. Sebab ada air bersamanya. Kalau just minum air je, air yang berlebihan akan dikeluarkan melalui kencing. Dengan psyllium husk, air akan dikeluarkan bersama2 najis anda.
Pada anak2, ibu mengandung(kesian pada ibu mengandung sampai buasir), ibu ayah kita yang sudah tua, amat digalakkan meminumnya. Pasti mereka akan lebih menyayangi keprihatinan anda.

.
Kalau nak yang segera tapi mahal, boleh try brand yang di atas. Fibre Drink tu yang aku pernah minum. Mahal. Lagipun kandungan psillium husknya tak banyak. Baik anda beli yang macam saya beli. Murah dan jimat belanja. Kesan sampingan? Mana ada. Dia ni macam beras kita dok makan je. Ok setakat ni dulu ye. Soalan boleh tanya kat bawah. Jangan lupa klik hantar/send button kat bawah tu. TQVM.


Sunday, 26 June 2011

MAKLUMAT KESIHATAN-PENYELESAIAN BUASIR

Hari ni saya nak berkongsi satu maklumat penting bersama dengan semua pembaca - buasir. Sebut je buasir, kebanyakan orang dah tahu. Search kat internet, macam2 cerita boleh kita dengar. Tujuan aku berkongsi cerita ni alah kerana aku amat bersimpati dengan pengidap buasir, terutamanya ibu2 mengandung. Aku pernah join forum dalam internet, dan hampir menitis air mata jantan aku bila membaca betapa peritnya penderitaan mereka yang mengidap buasir. Dan aku rasa kebanyakan rider tentu mengalami masalah buasir ni. So, lets the picture tell the stories...


Pernah dengar tentang Neo Healer? Aku bukan saja dengar, tapi dah guna pun. Alhamdulillah, bukan sahaja murah(harganya lingkungan belasan ringgit je kat farmasi, tapi kalau kat Guardian tu mahal sikit, RM27 kalau aku tak silap) tapi berkesan melegakan kesakitan. Biasanya dalam lingkungan 3-4 hari. Cara gunanya, aku pratikkan 3 kali sehari. Jolok masuk dalam lubang punggung lebih kurang seinci atau hingga tak boleh jolok dah, picit sedikit, sekadar sebesar sebutir kacang hijau. Practice dulu kat luar, cuba picit sekali-dua hingga anda mahir memicit supaya keluar sebanyak sebutir kacang hijau. Then cuci muncungnya semula dengan dettol. Biasanya dalam 3-4 hari kesan positifnya ketara.
Neo-Healer ni ada dalam bentuk 'peluru' yang jolok kat punggung tu. Tapi yang oilment macam ni lebih berkesan. Dan ianya adalah persediaan herba, jadi kalau guna terlebih sikit, tak ada kesan sampingan dan tidak merbahaya. Ia diadun dengan 4 bahan utama dari tumbuhan je, tak ada bahan dari haiwan. Dan dihasilkan oleh negara Jordan(negara Islam tuu, halalan toyyiba)
Selain buasir, Neo-Healer juga berkesan dalam merawat anal fissure. Aku sendiri yang mengalaminya. Anal Fissure ni lebih dasyat kesakitannya dari buasir yang pernah aku alami. Dan Alhamdulillah, sangat mujarab(murah pulak tu).
So, apa lagi. Kalau sakit, boleh guna sendiri. Atau hadiahkan kepada orang tersayang, atau syorkan kepada rakan yang menderita sakit buasir. Sharing Is Caring. Islam dah ajar kita lama dah pun.
Cuma masalahnya semasa guna ubat ni ialah dia akan ada kesan gatal2 kat lubang punggung. Tu je masalahnya. Tapi buasir, Insya Allah lega. Sabar le. Apa nak buat.
OK, ni cerita nak rawat buasir. Nanti aku akan ceritakan makanan kesihatan yang mencegah berulangnya buasir. Jangan bimbang, pasti murah tetapi berkesan. Dan sebaik-baiknya, makanan kesihatan ni diamalkan setiap hari, sama ada buasir sedang dirawat ataupun sudahpun lega.
OK, setakat ni dulu. Rajin2lah klik selalu untuk info yang lain. Dan jangan lupa, jadi follower aku.

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX